Sunday, November 8, 2009

sUnyI & sEndiRI; aKU pENaT

Dah berapa lama blog ni sunyi.. enggan ada satu perkara pun yang buatkan aku ghairah untuk bercerita..
Tapi hari ini aku rasakan sesuatu yang baru.. bukan karena ada cinta yang mula menjalar dalam jiwa, bukan jua kerana nanah yang membusung akibat kesedihan..
Tapi kerana aku sendiri perlu tempat untuk bicara atau meluahkan.
Aku masih punya teman yang boleh mendegar dan kongsi rasa satu ini..
Tapi entah mengapa aku lebih senang pendam sendiri.. jeruk semua rasa...
Aku bosan sendirian... aku penat kesunyian..
Tapi terkadang aku selesa begini..
Mengajar aku bagaimana demam sendirian terlantar dalam kamar, kencan seorang diri seperti orang gila di mall, dan tawa juga keseorang dalam kereta tanpa hala tuju yang pasti..
Hey MR.C!!
Tak mengapa kau sendirian.. tak salah kan? Tiada siapa yang terluka & tiada juga yang melukai!
Jika ada yang ketemu nanti kau senyum dan jalani hidup apa adanya..

Monday, May 11, 2009

aku rindu, aku jemu...

Dah lama aku tak sentuh blog ni...
rasa semacam plak bila tetibe sentuh kekunci lap top sambil luahkan apa yang aku rasa..
Memang aku tau tak de sape yang baca, tapi sekadar mengikut kata hati..
Aku cuma nak kata buat sekian lama, aku derita dalam bahagia...
Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku terus-terusan pilih jalan yang sama..
Memang aku ada hak tentukan haluan kemahuan hati aku sendiri,
tapi aku tak pernah berani untuk melukakan hati sesiapa..
Terutama manusia yang aku sayang sepenuh hati..
Hurrmm... mungkin salah sendiri......
Atau mungkin....

Tuesday, February 3, 2009

Cahaya....


Dosakah aku bila dicintaimu, bila jalinan hati kini menjeratku

Tapi haruskah diriku pasrah diriku mengalah

Memang cinta tiada bermata bisa ciptakan sedih juga bahagia

Aku kini terjerat karenanya susah lepaskan dia

Jalannya cinta nodai hati aku dicinta jalinan tiada pasti

Dan aku tak harus terkalahkan dan diriku terabaikan

Kuikuti cahaya hati

Monday, January 26, 2009

Ku Perlu Kamu..

Malam tadi aku bergegas. Hati aku bimbang bila tahu dia demam teruk.
Tiba dan aku bawakan dia sup ekor dengan harapan peluh segera sembuhkan dia.
Lega sekejap bila dia dah ok.
Tapi lewat pagi dia menggeletar, aku agak sedih sebenarnya lihat dia macam tu.
Apa yang aku mampu lakukan selain lapkan kain basah pada tubuh dan pekapkan didahi, berikan ubat..
Pelukan ikhlas dan kasih sayang aku je yang mampu aku beri..
Tak tahu macam mana suatu hari nanti kalau dia sakit, mesti aku perit..
Tak sanggup tengok orang yang aku sayang menderita..
Sekarang dia tengah lena.. biarkan dia berehat.. semoga bangunnya nanti lebih segar..
Tapi manisnya malam tadi masih sempat dia berjanji untuk sama-sama pulang ke kampung kalau dia sihat hari ni.. Tapi tak pe, aku gembira dia tetap sayangkan aku.
Kata-kata sayang lebih manis sebenarnya dalam keadaan macam ni..


Hahahhaha...
mesti ada yang geli baca aku tulih jiwang2 ni..
ade aku kisah?? ekekekekekk..
Pape je la.. yang penting aku & dia bahagia..
aku tetap sayangkan dia..
;p

Friday, January 16, 2009

Besday!!


Hari ni hari jadi aku yang ke-23..

Mulanya aku ingatkan ia akan jadi sambutan ulang tahun yang paling menyedihkan..

Tapi sebaliknya.. Tanpa hadiah, tanpa parti, hanya potongan kek dan orang tersayang bersama, aku rasa semuanya lengkap & sangat membahagiakan...

Aku tak perlukan hadiah, aku hanya perlukan kamu...

:)

Friday, January 9, 2009

Rahsia??

Apa yang akan korang rasa saat korang tetibe tahu sesuatu yang korang tak mahu tahu @ tak patut tahu..
Nak-nak pulak benda tu yang bakal mengguris hati @ menyakitkan hati korang sendiri..
Apatah lagi benda tu melibatkan orang yang korang percaya @ sayang..
Apa korang akan buat untuk hilangkan @ ignore perasaan tu?
Tolong la aku... :(

Saturday, January 3, 2009

Tahun baru yang baharu..


Tahun baru kali ni lain sangat bagi aku..

bukan sebab aku terpaksa menyambutnya dengan mendengar deretan puisi yang terkadang aku sendiri tak faham & tak mahu faham..

tapi sebab perkara lain yang aku sendiri tak tahu macam mana nak tafsirkan..

dah dua bulan aku kenal dia.. dan dalam sebulan kut aku tak memblog sebab broadband kena block.. huhu..

antara bahagia atau kadang merengsa..

antara yakin atau ragu...

antara sayang atau cinta..

aku sendiri masih menanti...

tunggu jawapan yang entah bila akan aku terima...

apapun kesudahannya nanti aku redha..

setidak-tidaknya aku bertuah sebab kenal dia..

Semoga tahun baru ni bawa harapan dan bahagia yang baharu untuk aku...

-amin-