Sunday, October 26, 2008

Pejuang?? Apakah?

Pernah tak rasa hidup seakan tak tentu haluan? Bukan kosong, bukan juga celaru, tapi tak tahu apa letak duduk keadaan sebenar…

Haluan seharian sejak celik mata atau dalam buaian mimpi semua jadi suram. Bukan tak mahu atau cuba untuk gembira dan berganjak ke ruang lain, tapi ada benda mengikat langkah dari terus berlalu.. Berat hati, tapi tak tahu apa yang di seru..

Adanya bila keadaan macam ni, aku rasa macam pejuang yang megah mengibar panji di tengah medan tempur… Tapi hanya aku yang tinggal… Tak pasti sama ada yang lain dah terkorban atau aku sendiri yang keluar berjuang tanpa ada sesiapa sebab ni ideologi aku sendiri..

Aku sebenarnya menangis dalam hujan… Tak Nampak dek mata kasar..

Tuhan, aku tak tahu apa yang aku perjuangkan… Aku tak tahu apa juga yang aku pertahankan.. Yang aku sedar semua tangan tunding diri ni, kononnya bangkai tu semua aku yang cipta… Aku yang cetuskan segala perang dan kemusnahan..

Tapi kenapa tak ada yang cuba mengerti apa yang aku buat ni semua untuk kebaikan mereka juga.. Bukan sengaja aku bunuh cinta yang ada, aku sanggup tusuk duri dalam jiwa sendiri biar bisanya nanti tak terpalit pada yang lain.. Aku telan racun azimat, biar mereka hanya rasa kemanisannya..

Aku buat ini semua untuk siapa??

Aku tak peduli apapun yang orang kata.. Biar cemuh sekalipun… Sebab aku tahu siapa aku..

Aku tetap aku.. Tak gitu?

No comments: