Hidup ni memang banyak kebetulan kalau diikutkan. Atau ikut asasnya memang dah tertulis dalam takdir kita, cuma kita je yang tak tahu. Suka atau tidak kita memang kena terima segala suratan tersebut. Tapi benda-benda macam ni yang buat hidup kita lebih colourful…
30 Oktober 2008, secara sengaja atau tak aku dah keluar dengan seorang kenalan yang dah lama aku kenal cuma baru berhubung kembali secara tak sengaja*. Semuanya bermula apabila aku keluar dari rumah untuk ke bank. Dari berborak di ‘Bangi Kopitiam’ Seksyen 2 Wangsa Maju, membawa ke menonton ‘Max Payne’ di Times Square hinggalah ke supper di ‘Kunang-Kunang’ Gombak.
OMG!! I cant believe this! Tak pernah seumur hidup aku buat macam ni dengan orang yang ‘baru aku kenal!’*(rujuk perkara di atas)
Tapi serius, aku memang tak rancang pun semua ni dan memang kebetulan nak jumpa sekejap je. Mungkin sebab aku selesa dengan cara dia yang bukan macam kebanyakan orang yang aku kenal, so aku tak kisah. Dia pun ok agaknya dengan aku sampaikan tak kisah berhabis masa dengan aku. Ye la, tengah cuti le plak kan.
So hari ni dah masuk lima hari aku kenal dia semula. Sumpah aku selesa sebab dia pun kata nak berkawan je dulu dengan aku. (Hey all the guys out there!! Kenapa korang kadang-kadang selalu nak rush dalam hubungan, bukan perempuan je akan fade up, even sesame sejenis pun akan lari. Bukan ke kenal-kenal dulu tu macam orientasi untuk cari kesesuaian dan apa yang perlu diubah dalam perhubungan lebih lanjut nanti?) Tapi aku bukanlah nak state kan kat sini bahawa semestinya akan ade serius ltr dengan dia ni. Biar masa & keadaan yang tentukan walaupun mungkin dalam hati ada harapan yang bercambah.
“Buat masa ni cukup saya katakan kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan kami selesa sebagai kawan dahulu. Tiba masanya kami akan umumkan,” muakakakkakakakakk!!! Quote jawapan-jawapan standard yang pernah digunakan Datuk Ct, Erra Fazira dan mungkin akan digunakan lagi oleh artis-artis yang lain.
Memang sebelum ni aku ada nyatakan bahawa mustahil untuk aku jatuh cinta lagi. Tapi itu kata mulut & apa yang hati aku rasa. Tapi kalau dah memang takdirnya untuk aku bercinta lagi siapa yang boleh halang? Ambil la tiang elektrik sekalipun dan palu kepala aku, aku tetap macam tu. Haha..
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment