Aku demam. Hari ni dah masuk hari keempat dan malam tadi paling teruk (tak de la sampai tak boleh bangun tapi tetap seksa gak) Aku bukan nak bercerita tentang demam aku yang ntah apa-apa ni. Tapi aku nak share macam mana kita semua patut sedar bahawa kita hidup dalam bumi Allah ni bukan sendiri..
Aku tahu tak semua insan beruntung dalam hidupnya, ada yang kehilangan ibu bapa, ada yang dibuang keluarga, ada yang hidup dan cintanya dikhianati, (kalau nak lagi tragik, sudah jatuh ditimpa tangga, terhempap pasu, nak berpaut terkena taik ayam pulak, pastu dah naik ke atas akhirnya kena tengking, ludah & akhirnya ditendang ke bawah balik! Hahaha.. gila kejam)
Tapi aku paling geram dengan orang yang selalu sangat senang putus asa & terus nak salahkan takdir seolah Tuhan tu dah ragut semuanya dari dia. Tolong la… Memang bila bercakap ni senang dari yang menanggungnya, tapi setidak-tidaknya yang mendengar tu tolong la pertimbangkan sikit apa yang bercakap tu cuba sampaikan mahupun hulurkan…
Ini tak, bertindak ikut perasaan. Kita yang sabar ni pun jadi hilang pertimbangan walaupun niat sebenar nak sama-sama harungi apa yang boleh. Persetankan bila jumpa lagi orang macam ni. Aku bukan nak marah, tapi aku kecewa.. Pernah tak kita fikir bahawa kita hidup atas dunia ni bukan sorang? Hidup macam simbiosis!
Pernah dulu waktu hilang Allahyarhamah Mak, aku hilang arah dan pegangan. Tak guna lagi rasa hidup sebab dia satu-satunya insan yang rapat dan faham apa yang aku rasa. Rupanya semua tu salah.. Ade lagi orang yang aku boleh bergantung dan aku masih diperlukan oleh orang lain yang selama ini aku tak tahu mahupun tak kenal sama sekali.
Macam yang aku sering cakap, hikmah tu tak semestinya datang dalam jangka masa terdekat. Siapa sangka ada yang sanggup datang dari jauh dalam pada semua orang tengah layaannn mimpi semata-mata sebab risaukan aku (yang demam tak seberapa ni) dan bawak aku makan & obat! (Thank u so much dude!)
Tak semestinya perlukan teman istimewa, dulu kawan-kawan kolej aku pun sanggup kumpulkan duit dalam tempoh tak sampai 12jam untuk tebus aku yang boleh diumpamakan macam kena culik ni.
Keluarga sama ada jauh atau dekat apakan lagi. Macam-macam sebenarnya bentuk simbiosis hidup, cuma kita tak sedar dan tak tahu bila semua tu telah atau akan terjadi. Jadi bagi sesiapa yang mungkin berkaitan tu tolong la mengerti & jaga hati orang lain jugak walaupun tak semudah mana. Sebab kita hidup bukan seorang je, siapa tahu apa takdir kita esok…

No comments:
Post a Comment