Thursday, December 11, 2008

Apa yang aku rasa bila tiba-tiba terjaga dari tido (2am)


Sudirman


Jauh Di Sudut Hati


Sayang

Kubawa jauh rinduku

Kerna akau telah tahu

Kau bukan milikku

Sayang

Sesunguhnya bukan mudah

Menjalani hidup ini

Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati

Aku masih bermimpi

Mimpi yang indah

Esok kau kembali

Jauh di sudut hati

Ada waktu-waktunya

Aku berdoa

Kau pulang semula

Sayang

Biar ku mengingatimu

Biar kugantung harapan

Hingga sampai waktu

Nafas terakhirku... ;(

Trauma Dowh...

Trauma yang melanda menikam-nikam jiwa,
Selemah ku lemah daku berserah,
Trauma yang kurasakan hanya padamu tuhan
Yang memahami pedih dihati..
Tiada pengubat bias merawat duka..
Ku dalam trauma…

Aku memang macam tengah trauma walaupun belum lagi sampai ke tahap tu.. Aku takut benda lama berulang lagi dan aku akan tertonggeng ke’frust’an! Haha.. Tulun..

Aku takut untuk jatuh cinta.. Tapi bila dah bercinta aku takut akan kehilangan.. Kenapa? Sebab aku akan korbankan segalanya dalam perhubungan tu… Nampak macam bodoh! Tapi itu la hakikatnya apabila aku ada hubungan perasaan dengan seseorang tu. Aku sanggup buat apa sahaja untuk pastikan makhluk yang aku sayang tu happy!

Memang aku masih belum dipunyai @ mempunyai sekarang. Tapi rasa tu membuak-buak sampaikan aku sendiri takut. Mungkin ke ni hanya kemaruk perasaan atau rasa yang nyata..

Entah la.. Sebab apapun kita perlu kembali kepada Tuhan jugak.. Tak kira suka atau duka.. Gembira atau tidak.. Apakan lagi Trauma..

Tuesday, December 2, 2008

Politic @ Politricks?

Dah lama aku nak mengomel pasal benda ni. Tapi tak terjalan-jalan pun. Bukan apa, malas & selalunya keliru sendiri dengan keadaan politik dalam negara kita ni. Gigirl keliru lah!! (Haha.. aku suka dengar perkataan tu.) + aku sendiri pun tak arif sangat pasal politik.. Tapi, who cares!!

Politik dalam negara tak macam dahulu kala. Di mana satu masa masing-masing bersatu untuk pembangunan negara dan kedaulatan bangsa tanpa kira apa-apa fahaman pun. Yang bulan tak kisah bantu yang dacing, yang roket masih hormati yang padi. Merah, hijau, biru, semua jadi satu walaupun ideologi politik masih berbeza.

Atas dasar tu negara kita terus membangun, dunia mula kenal Malaysia yang kecik kenik ni. Aku salute! Dalam proses tumbesaran tu, aku memang tabik spring dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan atas dasar aku pro kerajaan atau kontra dengan pembangkang. Tapi aku rasa semua orang pun tahu apa sebabnya. Aku rasa kalau ada pemimpin dari pembangkang yang berakal macam dia pun aku tabik spring gak!

Persetankan dengan segala rumors tentang rasuah atau apa sahaja cakap-cakap tentang keburukan yang ada pada zaman Tun. Come on la, bagi aku tu semua HUMAN NATURE! Once korang di atas, semua benda ni akan berlaku secara sedar atau tidak. Cakap la apa sahaja, pembangkang yang sibuk membangkang pun buat juga benda yang sama. Kalau tak masakan dah mula ada Exco kerajaan mereka yang kantoi buat kegiatan haram sebagainya. Tokan cetak rompak, kepala operasi rumah urut, skandal seks? Hello.. bukak mata la rakyat semua.. Jangan buta-buta percaya dengan semua janji dalam manifesto!

Aku tak tahu kenapa dalam politik masih ada yang terus percaya pada pemimpin yang satu ni. Walhal semua dah tahu dasar temberang & semua propagandanya lebih kulit dari isi. Tak juga menjadi apa yang dia cakap. Kononnya pada sekian hari akan terlaksana apa yang dirancang…Tapi bersekian-sekian kalinya juga semua tu tinggal rancangan. Tapi masih gak rakyat yang bijak-bijak ni terus-terusan percaya si polan ni. Serius bukan lagi gigirl yang keliru… Aku lagi la pening..

Pengalaman jadi antara mereka yang terlibat melaporkan isu politik di sebuah akhbar neutral & bebas (as if!) banyak juga beri peluang aku kenal apa itu politricks! Opps… Politik la..

Mereka yang terlibat atau jadi hamba politik akan buat apa sahaja untuk memastikan kelangsungan hayat mereka dalam arena penuh komplot tu. Termasuk bersumpah dan menggunakan isu agama. Aku takut bila tengok mereka yang arif tentang agama pun jadi buta hati sebab politik.. Aspalela…

Nampak ketara sebenarnya kerajaan yang ada sekarang ni semacam goyah. Bukan sahaja dengan kehadiran pembangkang yang terkadang begitu kuat, tapi dengan isu dalaman sendiri yang memalukan. Saat macam ni semua cuba nak jadi hero tanpa fikir apa natijah yang akan jadi pada parti atau negara. Pemimpin kalau rasa diri dah tak diterima, kenapa masih liat nak turun ke bawah beri laluan. Takkan nak kena tikam baru sedar? Tun juga jadi contoh terbaik walaupun saat tu dia tengah top.

Rakyat yang menyokong pulak, tolong la jangan fikir & pilih ikut perasaan dan berdasarkan cerita dari mulut orang mahupun ahli politik yang belum tentu sahihnya. Terutama sekali budak-budak universiti yang kononnya pandai dan lebih tahu apa itu politik. Mereka sendiri kadang-kadang tak faham & mudah percaya dengan dakyah palsu. Lalu mak & bapak kat kampung yang tak tahu apa-apa ni percaya la pada anak mereka dari kota ni yang kononnya serba tahu. Tolong la fikir sendiri dalam menilai tanpa perlu ada pengaruh dari mana-mana pihak.

Dah jauh aku melalut. Tujuan aku satu je sebenarnya. Nak tanya kenapa politik boleh pecah-belahkan kita? Bercakaran sesama sendiri..Buang emak buang saudara, kerana politik ku turutkan?? Kenapa kita tak boleh jadikan politik tu fahaman untuk kita sendiri je & tak perlu berkongsi dengan orang lain kalau ia hanya akan jadi provokasi? Kenapa kita tak imansifasikan diri, biar kita jadi satu bila bersama di luar politik. Ketepikan ego & lupakan semua sengketa. Ingat, kita ni satu bangsa. Tak kira agama & keturunan, kita dah aman bersama selama ni. Jangan disebabkan ideologi beberapa individu bangsat, kita semua jadi porak-peranda.. Di luar politik, Malaysia memang untuk semua..

Friday, November 28, 2008

Gigirl keliru la… Haha..


Esok genap sebulan tempoh perkenalan antara aku dan dia. Satu tempoh pendek yang aku rasakan agak panjang sebab macam-macam perkara sempat aku harungi bersama dalam tempoh tu. Bukan sekadar gembira je tapi ada jugak yang duka.

Pernah aku buat keputusan untuk hentikan saja hati ni dari terus memahami dan menyayangi dia sebab aku dah libatkan dia dengan satu keadaan di mana aku rasa sesiapa saja yang ada kat tempat aku saat itu pun akan buat perkara yang sama. Aku rasa bersalah sangat sampai sekarang.

Tapi mungkin penilaian aku silap. Dia lebih matang & seakan betul2 ikhlas dalam perhubungan ini. Perkara tu ditolak ke tepi. Die cuba selesakan keadaan sebab dia tahu apa yang aku rasa. Gelisah dan Merengsa!

Kesempatan waktu, bersama menghabiskannya di Melaka. Holiday!! Aku pun dah lama tak bercuti. Even memang dok kat rumah je sementara tunggu masanya mulakan apa yang aku buat sekarang. Penat berjalan, malamnya aku tak sedar selesa terlelap dalam dakapan insan yang aku tak sangka hanya mahu singgah sebentar je dalam diari hidup aku. (tapi tiada apa yang berlaku antara kami malam tu ye!)

Menghampiri tanggal 30hb aku semacam gelisah. Aku sayangkan dia, tapi aku masih ragu sama ada dia benar-benar rasakan yang sama atau tidak. Aku setia padanya, tapi mungkin ke dia buat perkara yang sama sementelah kami masih belum ada apa-apa ikatan. Yup, memang dia ada ucapkan kata-kata manis yang akan buat aku lega bila mendengar. Tapi aku takut sebenarnya. Takut hanya aku yang bersungguh tapi dia sebaliknya.

Mungkin jugak sebab kematangan pengalaman buat dia macam tu. Kadang aku rasa dia dingin dan macam tak endah dengan hubungan ni. Tapi bila aku cuba kentalkan hati tak mahu hubungi dia, saat tu la dia datang mencairkan. Confusing!!

Entahlah… tak ada kesimpulan lagi buat waktu ni. Aku pun dah lama tak memblog kan diri. Agak sibuk dengan kerja-kerja baru. Cobaan.. Agaknya buat masa ni, apa yang penting ialah aku tahu aku sayangkan dia dan aku tahu dia sayangkan aku. Begitu jugaklah yang sebaliknya. Tak gitu?

Tuesday, November 4, 2008

iNsaTiaBle

tak tahu kenapa, mengapa dan siapa yang buatkan hati aku cukup tertawan dengan lagu ni sejak sekian lama dulu.. Laayyannn...

Kita hidup bukan seorang…


Aku demam. Hari ni dah masuk hari keempat dan malam tadi paling teruk (tak de la sampai tak boleh bangun tapi tetap seksa gak) Aku bukan nak bercerita tentang demam aku yang ntah apa-apa ni. Tapi aku nak share macam mana kita semua patut sedar bahawa kita hidup dalam bumi Allah ni bukan sendiri..

Aku tahu tak semua insan beruntung dalam hidupnya, ada yang kehilangan ibu bapa, ada yang dibuang keluarga, ada yang hidup dan cintanya dikhianati, (kalau nak lagi tragik, sudah jatuh ditimpa tangga, terhempap pasu, nak berpaut terkena taik ayam pulak, pastu dah naik ke atas akhirnya kena tengking, ludah & akhirnya ditendang ke bawah balik! Hahaha.. gila kejam)

Tapi aku paling geram dengan orang yang selalu sangat senang putus asa & terus nak salahkan takdir seolah Tuhan tu dah ragut semuanya dari dia. Tolong la… Memang bila bercakap ni senang dari yang menanggungnya, tapi setidak-tidaknya yang mendengar tu tolong la pertimbangkan sikit apa yang bercakap tu cuba sampaikan mahupun hulurkan…

Ini tak, bertindak ikut perasaan. Kita yang sabar ni pun jadi hilang pertimbangan walaupun niat sebenar nak sama-sama harungi apa yang boleh. Persetankan bila jumpa lagi orang macam ni. Aku bukan nak marah, tapi aku kecewa.. Pernah tak kita fikir bahawa kita hidup atas dunia ni bukan sorang? Hidup macam simbiosis!

Pernah dulu waktu hilang Allahyarhamah Mak, aku hilang arah dan pegangan. Tak guna lagi rasa hidup sebab dia satu-satunya insan yang rapat dan faham apa yang aku rasa. Rupanya semua tu salah.. Ade lagi orang yang aku boleh bergantung dan aku masih diperlukan oleh orang lain yang selama ini aku tak tahu mahupun tak kenal sama sekali.

Macam yang aku sering cakap, hikmah tu tak semestinya datang dalam jangka masa terdekat. Siapa sangka ada yang sanggup datang dari jauh dalam pada semua orang tengah layaannn mimpi semata-mata sebab risaukan aku (yang demam tak seberapa ni) dan bawak aku makan & obat! (Thank u so much dude!)

Tak semestinya perlukan teman istimewa, dulu kawan-kawan kolej aku pun sanggup kumpulkan duit dalam tempoh tak sampai 12jam untuk tebus aku yang boleh diumpamakan macam kena culik ni.

Keluarga sama ada jauh atau dekat apakan lagi. Macam-macam sebenarnya bentuk simbiosis hidup, cuma kita tak sedar dan tak tahu bila semua tu telah atau akan terjadi. Jadi bagi sesiapa yang mungkin berkaitan tu tolong la mengerti & jaga hati orang lain jugak walaupun tak semudah mana. Sebab kita hidup bukan seorang je, siapa tahu apa takdir kita esok

Monday, November 3, 2008

Kebetulan atau dirancang?

Hidup ni memang banyak kebetulan kalau diikutkan. Atau ikut asasnya memang dah tertulis dalam takdir kita, cuma kita je yang tak tahu. Suka atau tidak kita memang kena terima segala suratan tersebut. Tapi benda-benda macam ni yang buat hidup kita lebih colourful

30 Oktober 2008
, secara sengaja atau tak aku dah keluar dengan seorang kenalan yang dah lama aku kenal cuma baru berhubung kembali secara tak sengaja*. Semuanya bermula apabila aku keluar dari rumah untuk ke bank. Dari berborak di ‘Bangi Kopitiam’ Seksyen 2 Wangsa Maju, membawa ke menonton ‘Max Payne’ di Times Square hinggalah ke supper di ‘Kunang-Kunang’ Gombak.

OMG!! I cant believe this! Tak pernah seumur hidup aku buat macam ni dengan orang yang ‘baru aku kenal!’*(rujuk perkara di atas)

Tapi serius, aku memang tak rancang pun semua ni dan memang kebetulan nak jumpa sekejap je. Mungkin sebab aku selesa dengan cara dia yang bukan macam kebanyakan orang yang aku kenal, so aku tak kisah. Dia pun ok agaknya dengan aku sampaikan tak kisah berhabis masa dengan aku. Ye la, tengah cuti le plak kan.

So hari ni dah masuk lima hari aku kenal dia semula. Sumpah aku selesa sebab dia pun kata nak berkawan je dulu dengan aku. (Hey all the guys out there!! Kenapa korang kadang-kadang selalu nak rush dalam hubungan, bukan perempuan je akan fade up, even sesame sejenis pun akan lari. Bukan ke kenal-kenal dulu tu macam orientasi untuk cari kesesuaian dan apa yang perlu diubah dalam perhubungan lebih lanjut nanti?) Tapi aku bukanlah nak state kan kat sini bahawa semestinya akan ade serius ltr dengan dia ni. Biar masa & keadaan yang tentukan walaupun mungkin dalam hati ada harapan yang bercambah.

Buat masa ni cukup saya katakan kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan kami selesa sebagai kawan dahulu. Tiba masanya kami akan umumkan,” muakakakkakakakakk!!! Quote jawapan-jawapan standard yang pernah digunakan Datuk Ct, Erra Fazira dan mungkin akan digunakan lagi oleh artis-artis yang lain.

Memang sebelum ni aku ada nyatakan bahawa mustahil untuk aku jatuh cinta lagi. Tapi itu kata mulut & apa yang hati aku rasa. Tapi kalau dah memang takdirnya untuk aku bercinta lagi siapa yang boleh halang? Ambil la tiang elektrik sekalipun dan palu kepala aku, aku tetap macam tu. Haha..

Wednesday, October 29, 2008

I fall in luv? Mustahil…


Petang tadi was my 1st paper for this thing so called ‘final exam’ for part 1 kat IPT tempat aku study partime. Huh.. lega sekejap sementara nak habiskan lagi 3 paper yang mungkin agak tough bagi aku yang tak berapa nak tekun study ni. (Sebab dulu tak budget pun partime study pun shial macam ni!)

Adat menumpang classmate ke kelas, so aku pun balik agak lambat ke rumah sebelum membawa sepupu ku bertemu tunang dia walaupun aku macam dah sasau sebab tak tido semalam demi nak study. Aku tak kisah tapi dalam otak bila sampai rumah ni mesti aku akan terus tersadai macam badak Sumatra kat atas katil.

Kenyataan meleset, aku mandi, layan velvet & kiki (kucing pengarang jantung), bagi makan anak-anak aku tu, tapis najis dieorang, YM dll lg.

Kepala dah maha berat bila aku nak cuba lelapkan mata. Tapi hati aku berdetik fikirkan seseorang. Seseorang? Hurrmmm.. Seseorang kah persoalannya? Mulanya memang seorang. Aku rasa terkilan sebab tak dapat tunaikan janji untuk jumpa dia walaupun semalam aku cakap akan cuba sebaik mungkin untuk luangkan masa nak ketemu since kiteorang pun dah lama tak jumpa. Aku tahu dia hampa..

Then aku mula teringat seseorang yang aku jumpa (tak kenal pun) kat besday party kawan aku semalam. Dalam pada aku pening dengan asap rokok yang penuh satu bilik karaoke tu, mata aku tak lekang tengok seorang makhluk tuhan yang mungkin pada mata aku cukup polite melayan aku & tetamu yang lain. Sweet!! Tapi tak boleh cakap lebih, sebab aku sendiri pun tak tahu siapa dia yang sebenarnya. Haha.. Dia duduk betul-betul dekat dengan aku tapi aku sedikit pun tak berani nak mulakan bicara atas sebab yang aku sendiri pun tak tahu..

Dan yang lagi seorang ni pulak memang macam s***l!!!! Hidup aku kadang-kadang jadi celaru sebab dia. Tapi selalunya dia maniskan keadaan celaru tu. Uhuks!! Aku akui dari kerja, belajar & mungkin soal personal dia agak dominan dalam diri aku. Mungkin sebab sikap tangan terbuka & keikhlasan dia terhadap nasib & diri aku kot.. Apapun harapan aku pada dia biarlah macam tu je sebab siapa tahu apa sebenarnya yang dia maksudkan.

Ok.. so tiga orang je… Tak de la banyak mana pun.. Dan aku bukannya curang bila ada tiga orang dalam fikiran sebab aku tak dimiliki mahupun dipunyai sesiapa..

Aku jatuh cinta kembalikah? Atau aku baru jatuh cinta? Atau aku terus jatuh cinta? Huhh… Kalau boleh aku nak cakap ni semua mustahil sebab aku takut….

Tapi, nak buat macam mana, kalau dalam hati ada cinta!

Monday, October 27, 2008

‘The Bodyguard’ Superb!!



Setelah hampir berputus asa nak dapatkan DVD or any type of material yang boleh pastikan aku menonton filem ‘The Bodyguard’ (Whitney Houston+Kevin Costner) akhirnya ketemu jua di Uptown Damansara.

Mesti tokey kedai tu cakap aku ni cacat nak cari filem (yang kalau diibaratkan macam kuih raya dah berkulapuk dah pun) lama macam ni. Tapi disebabkan oleh saranan seorang insan ni, aku gagahkan juga mencari dan terus mencari sampai ketemu cinta hati ku ini.. hahah..

Mungkin ada yang rasa terlalu sentimental bila bicara pasal filem ni.. Tapi percayalah, rasa worth sangat aku susah payah untuk menonton cerita garapan Mick Jackson ni.

Percaya atau tidak, roh cerita ni boleh jadi setanding filem seniman negara kita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana hasil produknya tak lekang dek panas tak lapok dek hujan.

Cinta & Pengorbanan… Memang Nampak stereotype pada mata yang tak nak halusi. Tapi bagi yang dah lalui atau saksikan sendiri apa sebenarnya yang dinamakan cinta & pengorbanan akan rasa apa yang aku rasa tatkala hati berbisik betapa cerita ni mungkin terjadi dalam realiti hidup kita.

Tak perlu berfalsafah macam Romeo & Juliet mahupun bersenandung ibarat Laila & Majnun, cukup dengan ikut kata hati dan fahami apa sebenarnya cinta dan apa yang dilayarkan filem ni pada kaca mata kita.

Tak semua mampu atau sanggup berkorban!! Tak kira la sama ada untuk cinta, keluarga, pelajaran mahupun kerjaya. Terkadang bukan tak mahu, tapi tak mampu. Tapi ada juga yang mampu tapi tak mahu.

Cuma kita janganlah selalu dan terus menghukum sesiapa sahaja tanpa memberi peluang atau sedikitpun kemaafaan. Memang tanpa alasan yang kukuh kita akan terus ego, tapi fahami lah setiap apa yang berlaku pasti ada sebab atau hikmahnya.

Kesian kan bila ada yang mahu berkorban mahupun tak mampu berkorban atas sebab tersendiri tapi tak dipedulikan dan terus dihukum. Ni bukan soal personal aku je, malah mungkin sesiapa sahaja.

Apapun tabahkan hati dan jangan salah diri sendiri atau sesiapa kerana macam yang selalu dikatakan semua yang berlaku tu ada hikmahnya. (Percayalah walaupun tak semua akan rasa hikmah tu dalam masa terdekat).

Bagi yang kononnya agungkan cerita dari barat tapi masih belum tonton ‘The Bodyguard’ anda patut tinggalkan pc anda sekarang, capai handphone, wallet, kunci kenderaan (jika ada) atau minta sahaja pertolongan rakan-rakan atau yang teristimewa ambil anda dan pergi lah dapatkan ‘The Bodyguard’! Mahukan lebih senang download je atau pinjam kat kawan-kawan. (itupun kalau ada).

Sunday, October 26, 2008

Pejuang?? Apakah?

Pernah tak rasa hidup seakan tak tentu haluan? Bukan kosong, bukan juga celaru, tapi tak tahu apa letak duduk keadaan sebenar…

Haluan seharian sejak celik mata atau dalam buaian mimpi semua jadi suram. Bukan tak mahu atau cuba untuk gembira dan berganjak ke ruang lain, tapi ada benda mengikat langkah dari terus berlalu.. Berat hati, tapi tak tahu apa yang di seru..

Adanya bila keadaan macam ni, aku rasa macam pejuang yang megah mengibar panji di tengah medan tempur… Tapi hanya aku yang tinggal… Tak pasti sama ada yang lain dah terkorban atau aku sendiri yang keluar berjuang tanpa ada sesiapa sebab ni ideologi aku sendiri..

Aku sebenarnya menangis dalam hujan… Tak Nampak dek mata kasar..

Tuhan, aku tak tahu apa yang aku perjuangkan… Aku tak tahu apa juga yang aku pertahankan.. Yang aku sedar semua tangan tunding diri ni, kononnya bangkai tu semua aku yang cipta… Aku yang cetuskan segala perang dan kemusnahan..

Tapi kenapa tak ada yang cuba mengerti apa yang aku buat ni semua untuk kebaikan mereka juga.. Bukan sengaja aku bunuh cinta yang ada, aku sanggup tusuk duri dalam jiwa sendiri biar bisanya nanti tak terpalit pada yang lain.. Aku telan racun azimat, biar mereka hanya rasa kemanisannya..

Aku buat ini semua untuk siapa??

Aku tak peduli apapun yang orang kata.. Biar cemuh sekalipun… Sebab aku tahu siapa aku..

Aku tetap aku.. Tak gitu?

Tuesday, September 23, 2008

So called "hidup"

“Hidup memang p*l*t, tapi esok masih ade..” – Bagi aku tagline utk filem ala-ala mainstream+indie ni langsung tak boleh pakai… Terlalu positif atau terlalu common. Macam realiti hidup ni dalam cite dongeng plak – hari ni sedih sok-sok mesti happy akhirnya…

Tolong la… Bukan anti filem tu.. Aku sendiri dah tengok. Layan gak walaupun siri die dalam tv aku tak pernah tengok. Realiti hidup kita. Ada yang baik, ada yang tak. Ade busuk ada wanginya. Ada straight, ada homoseks! (oopps!) Tapi serius aku touching bile Abu (Dj Nasty) meninggal (or should I say mati – sebab kena tikam). Dia pergi dalam keadaan yang sangat sweet dan simbolik. Dunno how to explain, korang kena tengok sendiri la 1st raya nanti.

Ok, back to the topic argue… Korang yang membaca ni (kalau tak meluat la, sebab ni 1st time nak menulih blog) rasa tak yang hidup ni memang selalunya p*l*t walaupun tetap ada part yang best!

Memang selalunya esok akan jadi lebih baik dari hari ini dan sebelumnya sebab kita dah tau dan ada pengalaman untuk handle perkara-perkara yang so called baru dalam hidup kita. Tapi bagi aku (mungkin nasib aku je kut!) hidup ni selalunya lebih yang negatif dari positifnya. Betul, aku tak bohong…

Cumanya, ia akan bertukar jadi positif bila kita boleh over come prob tu and at the end kita happy dengan resultnya.. Tapi bukan semua la… But aku nak stresskan kat sini yang as a Muslim, I do believe in God (Allah swt) dan aku faham Dia selalu uji khalifahnya untuk buktikan keimanan kita. Cuma bagi aku yang mungkin jahil ni selalu sangat tersungkur dengan ujian Tuhan.

So, temanya kat sini aku just nak bagi tau kat semua orang khususnya ‘adik-adik’ aku bahawa hidup ni tak la indah sangat macam yang kita sangkakan. Yup, we have to think positively yet tetap kena bersedia untuk mati dalam pertaruhan.

Before berhenti, aku just nak selitkan sikit. Setuju tak kalau peribahasa-peribahasa orang dulu-dulu dah banyak yang tak boleh pakai dan realistik. Maksudnya tak semua orang kita yang mampu berfikir melangkaui masa depan.

“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi” – tapi sekarang dah ada permainan yang bentuk tangan tu and kita hanya perlu goyangkan sebelah tangan je untuk hasilkan bunyi tepukan,

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri” – kenapa diaorang tak ajar supaya kita pergi negeri orang dan bawak balik emas tu kat negeri kita,

“biar mati anak, jangan mati adat” – budak-budak pun tahu zuriat tu anugerah dan tanggungjawab dari tuhan, padahal adat tu hanya ikutan komuniti je. Mana lagi penting?