Friday, November 28, 2008

Gigirl keliru la… Haha..


Esok genap sebulan tempoh perkenalan antara aku dan dia. Satu tempoh pendek yang aku rasakan agak panjang sebab macam-macam perkara sempat aku harungi bersama dalam tempoh tu. Bukan sekadar gembira je tapi ada jugak yang duka.

Pernah aku buat keputusan untuk hentikan saja hati ni dari terus memahami dan menyayangi dia sebab aku dah libatkan dia dengan satu keadaan di mana aku rasa sesiapa saja yang ada kat tempat aku saat itu pun akan buat perkara yang sama. Aku rasa bersalah sangat sampai sekarang.

Tapi mungkin penilaian aku silap. Dia lebih matang & seakan betul2 ikhlas dalam perhubungan ini. Perkara tu ditolak ke tepi. Die cuba selesakan keadaan sebab dia tahu apa yang aku rasa. Gelisah dan Merengsa!

Kesempatan waktu, bersama menghabiskannya di Melaka. Holiday!! Aku pun dah lama tak bercuti. Even memang dok kat rumah je sementara tunggu masanya mulakan apa yang aku buat sekarang. Penat berjalan, malamnya aku tak sedar selesa terlelap dalam dakapan insan yang aku tak sangka hanya mahu singgah sebentar je dalam diari hidup aku. (tapi tiada apa yang berlaku antara kami malam tu ye!)

Menghampiri tanggal 30hb aku semacam gelisah. Aku sayangkan dia, tapi aku masih ragu sama ada dia benar-benar rasakan yang sama atau tidak. Aku setia padanya, tapi mungkin ke dia buat perkara yang sama sementelah kami masih belum ada apa-apa ikatan. Yup, memang dia ada ucapkan kata-kata manis yang akan buat aku lega bila mendengar. Tapi aku takut sebenarnya. Takut hanya aku yang bersungguh tapi dia sebaliknya.

Mungkin jugak sebab kematangan pengalaman buat dia macam tu. Kadang aku rasa dia dingin dan macam tak endah dengan hubungan ni. Tapi bila aku cuba kentalkan hati tak mahu hubungi dia, saat tu la dia datang mencairkan. Confusing!!

Entahlah… tak ada kesimpulan lagi buat waktu ni. Aku pun dah lama tak memblog kan diri. Agak sibuk dengan kerja-kerja baru. Cobaan.. Agaknya buat masa ni, apa yang penting ialah aku tahu aku sayangkan dia dan aku tahu dia sayangkan aku. Begitu jugaklah yang sebaliknya. Tak gitu?

Tuesday, November 4, 2008

iNsaTiaBle

tak tahu kenapa, mengapa dan siapa yang buatkan hati aku cukup tertawan dengan lagu ni sejak sekian lama dulu.. Laayyannn...

Kita hidup bukan seorang…


Aku demam. Hari ni dah masuk hari keempat dan malam tadi paling teruk (tak de la sampai tak boleh bangun tapi tetap seksa gak) Aku bukan nak bercerita tentang demam aku yang ntah apa-apa ni. Tapi aku nak share macam mana kita semua patut sedar bahawa kita hidup dalam bumi Allah ni bukan sendiri..

Aku tahu tak semua insan beruntung dalam hidupnya, ada yang kehilangan ibu bapa, ada yang dibuang keluarga, ada yang hidup dan cintanya dikhianati, (kalau nak lagi tragik, sudah jatuh ditimpa tangga, terhempap pasu, nak berpaut terkena taik ayam pulak, pastu dah naik ke atas akhirnya kena tengking, ludah & akhirnya ditendang ke bawah balik! Hahaha.. gila kejam)

Tapi aku paling geram dengan orang yang selalu sangat senang putus asa & terus nak salahkan takdir seolah Tuhan tu dah ragut semuanya dari dia. Tolong la… Memang bila bercakap ni senang dari yang menanggungnya, tapi setidak-tidaknya yang mendengar tu tolong la pertimbangkan sikit apa yang bercakap tu cuba sampaikan mahupun hulurkan…

Ini tak, bertindak ikut perasaan. Kita yang sabar ni pun jadi hilang pertimbangan walaupun niat sebenar nak sama-sama harungi apa yang boleh. Persetankan bila jumpa lagi orang macam ni. Aku bukan nak marah, tapi aku kecewa.. Pernah tak kita fikir bahawa kita hidup atas dunia ni bukan sorang? Hidup macam simbiosis!

Pernah dulu waktu hilang Allahyarhamah Mak, aku hilang arah dan pegangan. Tak guna lagi rasa hidup sebab dia satu-satunya insan yang rapat dan faham apa yang aku rasa. Rupanya semua tu salah.. Ade lagi orang yang aku boleh bergantung dan aku masih diperlukan oleh orang lain yang selama ini aku tak tahu mahupun tak kenal sama sekali.

Macam yang aku sering cakap, hikmah tu tak semestinya datang dalam jangka masa terdekat. Siapa sangka ada yang sanggup datang dari jauh dalam pada semua orang tengah layaannn mimpi semata-mata sebab risaukan aku (yang demam tak seberapa ni) dan bawak aku makan & obat! (Thank u so much dude!)

Tak semestinya perlukan teman istimewa, dulu kawan-kawan kolej aku pun sanggup kumpulkan duit dalam tempoh tak sampai 12jam untuk tebus aku yang boleh diumpamakan macam kena culik ni.

Keluarga sama ada jauh atau dekat apakan lagi. Macam-macam sebenarnya bentuk simbiosis hidup, cuma kita tak sedar dan tak tahu bila semua tu telah atau akan terjadi. Jadi bagi sesiapa yang mungkin berkaitan tu tolong la mengerti & jaga hati orang lain jugak walaupun tak semudah mana. Sebab kita hidup bukan seorang je, siapa tahu apa takdir kita esok

Monday, November 3, 2008

Kebetulan atau dirancang?

Hidup ni memang banyak kebetulan kalau diikutkan. Atau ikut asasnya memang dah tertulis dalam takdir kita, cuma kita je yang tak tahu. Suka atau tidak kita memang kena terima segala suratan tersebut. Tapi benda-benda macam ni yang buat hidup kita lebih colourful

30 Oktober 2008
, secara sengaja atau tak aku dah keluar dengan seorang kenalan yang dah lama aku kenal cuma baru berhubung kembali secara tak sengaja*. Semuanya bermula apabila aku keluar dari rumah untuk ke bank. Dari berborak di ‘Bangi Kopitiam’ Seksyen 2 Wangsa Maju, membawa ke menonton ‘Max Payne’ di Times Square hinggalah ke supper di ‘Kunang-Kunang’ Gombak.

OMG!! I cant believe this! Tak pernah seumur hidup aku buat macam ni dengan orang yang ‘baru aku kenal!’*(rujuk perkara di atas)

Tapi serius, aku memang tak rancang pun semua ni dan memang kebetulan nak jumpa sekejap je. Mungkin sebab aku selesa dengan cara dia yang bukan macam kebanyakan orang yang aku kenal, so aku tak kisah. Dia pun ok agaknya dengan aku sampaikan tak kisah berhabis masa dengan aku. Ye la, tengah cuti le plak kan.

So hari ni dah masuk lima hari aku kenal dia semula. Sumpah aku selesa sebab dia pun kata nak berkawan je dulu dengan aku. (Hey all the guys out there!! Kenapa korang kadang-kadang selalu nak rush dalam hubungan, bukan perempuan je akan fade up, even sesame sejenis pun akan lari. Bukan ke kenal-kenal dulu tu macam orientasi untuk cari kesesuaian dan apa yang perlu diubah dalam perhubungan lebih lanjut nanti?) Tapi aku bukanlah nak state kan kat sini bahawa semestinya akan ade serius ltr dengan dia ni. Biar masa & keadaan yang tentukan walaupun mungkin dalam hati ada harapan yang bercambah.

Buat masa ni cukup saya katakan kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan kami selesa sebagai kawan dahulu. Tiba masanya kami akan umumkan,” muakakakkakakakakk!!! Quote jawapan-jawapan standard yang pernah digunakan Datuk Ct, Erra Fazira dan mungkin akan digunakan lagi oleh artis-artis yang lain.

Memang sebelum ni aku ada nyatakan bahawa mustahil untuk aku jatuh cinta lagi. Tapi itu kata mulut & apa yang hati aku rasa. Tapi kalau dah memang takdirnya untuk aku bercinta lagi siapa yang boleh halang? Ambil la tiang elektrik sekalipun dan palu kepala aku, aku tetap macam tu. Haha..