Sunday, November 8, 2009

sUnyI & sEndiRI; aKU pENaT

Dah berapa lama blog ni sunyi.. enggan ada satu perkara pun yang buatkan aku ghairah untuk bercerita..
Tapi hari ini aku rasakan sesuatu yang baru.. bukan karena ada cinta yang mula menjalar dalam jiwa, bukan jua kerana nanah yang membusung akibat kesedihan..
Tapi kerana aku sendiri perlu tempat untuk bicara atau meluahkan.
Aku masih punya teman yang boleh mendegar dan kongsi rasa satu ini..
Tapi entah mengapa aku lebih senang pendam sendiri.. jeruk semua rasa...
Aku bosan sendirian... aku penat kesunyian..
Tapi terkadang aku selesa begini..
Mengajar aku bagaimana demam sendirian terlantar dalam kamar, kencan seorang diri seperti orang gila di mall, dan tawa juga keseorang dalam kereta tanpa hala tuju yang pasti..
Hey MR.C!!
Tak mengapa kau sendirian.. tak salah kan? Tiada siapa yang terluka & tiada juga yang melukai!
Jika ada yang ketemu nanti kau senyum dan jalani hidup apa adanya..